Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Gagal patuh SOP, polis Pulau Pinang cadang lokasi tumpuan awam ditutup

  • Published in Covid19

GEORGE TOWN, 15 September - Polis Pulau Pinang mencadangkan kerajaan tempatan untuk menutup tempat riadah di negeri itu sekiranya orang ramai gagal patuh SOP pencegahan COVID-19.

Pada masa sama pemantauan di lokasi tumpuan umum dipertingkat.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemantauan pada hujung minggu di kawasan pantai mendapati terdapat pengunjung yang gagal patuh SOP.

Ada daripada mereka dikesan membeli makanan di situ dan berkelah tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

Beliau meminta penduduk Pulau Pinang untuk terus patuh SOP memandangkan negeri itu masih belum bebas daripada ancaman COVID-19.