Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

ATM komited jaga kesihatan anggotanya, jumlah jangkitan COVID-19 minimum

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 15 September - Tiada laporan diterima mengaitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami tekanan melampau atau kelesuan sepanjang penugasan mengawal keselamatan negara bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Jelas Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pihaknya komited menjaga kesihatan anggotanya sepanjang pandemik melanda.