Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Moratorium pinjaman bank tanpa faedah terakru, kerajaan sedia pertimbang

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 14 September - Kerajaan bersedia mempertimbang cadangan melaksana moratorium bayaran balik pinjaman bank tanpa faedah terakru, bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan bersama Menteri Kewangan.

Moratorium dengan faedah terakru menyebabkan peminjam perlu membayar kadar faedah terakru yang tinggi selepas tempoh moratorium berakhir.

Penjelasan itu menjawab pertanyaan wakil Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengenai langkah kerajaan mengatasi isu hutang isi rumah di Malaysia yang meningkat 5.5 peratus ketika pandemik COVID-19.