Logo

Pesakit COVID-19 meningkat di Pulau Pinang, Hospital Medan akan dibina

GEORGE TOWN, 12 September - Kementerian Kesihatan Malaysia akan membina sebuah hospital medan di perkarangan Hospital Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Keputusan membina hospital lapangan oleh Angkatan Tentera Malaysia itu tertakluk kepada perbincangan antara beberapa pihak dan ia boleh didirikan dalam masa 10 hari.

Hospital medan merupakan perkhidmatan sokongan dalam usaha mengekang kenaikan kes harian COVID-19 di Hospital Pulau Pinang yang semakin membimbangkan.

Ia akan menempatkan 100 buah katil yang lengkap dengan bekalan oksigen dan peralatan untuk merawat kes COVID-19 dan kes lain untuk menampung bilangan kes harian.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.