Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Keperluan buka tanah perkuburan Islam khas pengebumian jenazah COVID-19 bakal dibincangkan

  • Published in Covid19

PORT DICKSON, 31 Julai - Perbincangan berhubung keperluan membuka tanah perkuburan Islam khusus bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 akan diadakan tidak lama lagi.

Ia bakal melibatkan Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam setiap negeri.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, tumpuan kini melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha mencari kaedah terbaik di peringkat pelaksanaan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan secara pandu lalu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.