Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Tidak perlu protes jalan, kerajaan sentiasa dengar suara rakyat

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 31 Julai -Tiada keperluan untuk mengadakan perhimpunan hanya untuk menyuarakan bantahan, apatah lagi ketika pandemik COVID-19 masih menular.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan berhimpun di tempat awam hanya mengundang peningkatan semula kes positif COVID-19 selain amat bimbang terhadap keselamatan dan kesihatan mereka yang menyertai perhimpunan itu.

Jelasnya, suara rakyat sentiasa diambil perhatian tanpa perlu melakukan protes jalanan.

Beliau mengulas tindakan pihak yang sanggup mengadakan perhimpunan beramai-ramai di Dataran Merdeka sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan tatkala penularan varian Delta amat membimbangkan masyarakat umum.