Logo

TPM gesa semua pihak ketepikan perbalahan politik, fokus bantu rakyat harungi pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Ketepikan perbalahan politik dan fokus kepada penyelesaian masalah rakyat.

Teguran Timbalan Perdana Menteri itu ditujukan kepada semua parti politik kerana ketika ini adalah masa untuk berganding bahu membantu rakyat yang terkesan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perbalahan sesama sendiri akhirnya hanya merugikan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil di ibu negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.