Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Sasar 40 peratus penduduk lengkap vaksin menjelang 31 Ogos

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 31 Julai - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menaruh keyakinan bahawa 40 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia akan menerima suntikan vaksinasi lengkap, menjelang 31 Ogos.

Tambahan dos vaksin AstraZeneca akan diterima dari United Kingdom dalam masa terdekat.

Beliau menyatakannya ketika lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Khas di Hotel Pallace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Lawatan yang disertai Duta Besar Republik China ke Malaysia, H.E. Ouyang Yujing itu turut menyaksikan pemberian vaksin kepada kira-kira 500 warga China yang menetap di Lembah Klang.