Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 31 Julai - Bermula 2 Ogos di Lembah Klang, pemberian vaksin menggunakan pendekatan hadir terus atau 'walk-in'.

Pendekatan 'datang awal dilayani lebih dahulu' ini bergantung kepada kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Keutamaan vaksinasi akan diberi kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi serta belum mendapat janji temu, belum daftar atau batalkan janji temu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini berkata suntikan akan dibuat secara berperingkat.

Bagaimanapun tegasnya, tidak semua PPV menyediakan perkhidmatan sama.

Senarai PPV yang menawarkan suntikan secara hadir terus ini akan dimaklumkan kelak.