Logo

'Boleh buat pemeriksaan ketika disuntik' - Timbalan Menteri MOSTI

KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan suntikan vaksin kosong yang dikatakan berlaku di Kedah dan Selangor baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim turut menasihatkan penerima supaya membuat pemeriksaan kendiri berdasarkan SOP suntikan ditetapkan.

Jelasnya, kerajaan masih menunggu hasil keputusan siasatan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 untuk mengetahui punca terjadinya kes tersebut.

Beliau mengulas perkara itu pada program Ibadah Korban Parlimen Kuala Terengganu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.