Logo

Sabah dijadual terima lebih sejuta dos vaksin COVID-19 bulan ini

KOTA KINABALU, 22 Julai - Sabah dijadual menerima lebih sejuta dos vaksin COVID-19 sepanjang bulan ini.

Setakat ini 747,980 dos sudah diterima termasuk 152,100 dos yang tiba petang semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, 30,000 dos vaksin lagi dijangka diterima esok.

Menyusul pada Rabu depan, adalah bekalan terbesar melibatkan 308,800 dos.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.