Logo

Lebih 230,000 pekerja sektor pembuatan selesai terima suntikan pertama

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Lebih 230,000 pekerja sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Jumlah tersebut membabitkan 14,933 syarikat berdaftar di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

PIKAS dilancarkan pada 16 Jun lalu merupakan kolaborasi awam-swasta bagi mempercepatkan vaksinasi pekerja dalam sektor pembuatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini memaklumkan, sekurang-kurangnya 90% daripada tenaga kerja sektor pembuatan disasar menerima vaksin.

Berdasarkan maklum balas majikan, beliau optimis sasaran imuniti kelompok sektor pembuatan pada September ini mampu dicapai.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.