Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Bantuan khas OKU Pakej PEMULIH, permohonan dibuka sehingga 6 Ogos, pembayaran bermula 15 Ogos

  • Published in Covid19

BUKIT KAYU HITAM, 22 Julai - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bukan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kedah yang terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini digesa memohon Bantuan Khas OKU di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bagi permohonan yang diluluskan, OKU terlibat akan menerima RM500 selama tiga bulan dan akan dibayar bermula 15 Ogos hingga 30 November ini.

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad berkata, permohonan telah dibuka 19 Julai lalu dan akan berakhir pada 6 Ogos ini.

Menurutnya, pemohon yang layak memohon adalah OKU yang berdaftar dengan JKM berusia 16 tahun ke atas, tidak menerima bantuan bulanan daripada JKM, Pekerja OKU yang terkesan, diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, dan diarah bercuti tanpa bayar gaji.

Selain itu, OKU bukan kakitangan kerajaan juga layak untuk memohon.

Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah.

Antaranya, mengisi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) secara dalam talian di laman web JKM www.jkm.gov.my.

Atau secara manual dengan memuat turun borang di laman web berkenaan dan menghantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau menghantar semua dokumen dalam format pdf ke alamat emel bantuan oku This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..