Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

PKPD di empat lokaliti baharu dan dua dilanjutkan, tujuh lokaliti ditamatkan

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 22 Julai - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan ke atas tiga lokaliti di Pahang dan satu di Sabah selama dua minggu bermula esok.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan berkenaan diambil Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Menurut beliau, di Pahang ia melibatkan Felda Jengka 12, Jerantut, Kampung Belangkap, Rompin, dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, manakala di Sabah di Taman Merpati, Sandakan.

Dalam pada itu PKPD di dua lokaliti di Sabah iaitu di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan sehingga 5 Ogos ini.

Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut memaklumkan, penamatan PKPD di tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dan di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan.