Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

60 kluster perayaan sejak 13 Mei

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 10 Jun - 60 kluster perayaan dilaporkan berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai sejak 13 Mei lalu sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada kluster tersebut 20 kematian dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih di rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Jelas beliau, 58 kluster melibatkan sambutan Aidilfitri manakala, dua lagi kluster berpunca daripada sambutan Hari Gawai.

Lebih 13,000 individu telah disaring, dan sebanyak 3,511 kes positif dikenal pasti.

Menjadikan kadar positif sebanyak 27%.

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi adalah Sabah dengan 11 kluster, Sarawak 8 kluster, dan Kedah 7 kluster.