Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Vaksin COVID-19: Pastikan masyarat Orang Asli tidak tercicir

  • Published in Covid19

MARAN, 10 Jun - Dua siri khas suntikan vaksinasi COVID-19 akan dilaksana Parlimen Maran, Pahang bagi memastikan masyarakat orang asli di daerah itu menerima suntikan vaksin yang disaran kerajaan. 

Menurut Timbalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib, inisiatif tersebut bagi memastikan tidak berlaku keciciran dalam menerima suntikan vaksin.

Tambahnya, sokongan penuh diterima ketua-ketua masyarakat asli di Maran itu dapat mengurangkan pergerakan keluar masuk sekaligus menyekat penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu menurut beliau, masalah logistik termasuk pengangkutan juga turut dapat diselesaikan dengan penempatan anggota perubatan di dewan serbaguna yang terdapat di kawasan masing-masing.

Malah, kerjasama daripada pelbagai agensi juga turut melancarkan perlaksanaan program itu yang dijadualkan akan dimulakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian kepada RTM ketika melakukan Lawatan Rasmi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Jubli Shah, Maran.