Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Pasukan Khas Operasi Pengebumian Jenazah Terengganu, kendali 70 pengebumian Januari - Mei 2021

  • Published in Covid19

TERENGGANU, 10 Jun - 70 pengebumian jenazah pesakit COVID-19 dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Terengganu bermula Januari hingga Mei lalu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pejabat Kesihatan Daerah dan Anggota Rela.

Pengarah JBPM Terengganu, Penolong Pesuruhjaya bomba, Md. Hilman Abdul Rashid berkata, pasukan khas Operasi Pengebumian Jenazah itu diwujudkan bagi membantu pihak hospital dan anggota keluarga yang terlibat kematian akibat COVID-19.

Beliau bercakap selepas hadir ketika Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba 2021 Peringkat JBPM Terengganu.