Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

23 lagi VOC dikesan dari 3 hingga 8 Jun lalu, keseluruhanya 145 VOC, 16 VOI dikesan sehingga semalam

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 10 Jun - 23 lagi kes COVID-19 yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini bagi tempoh 3 hingga 8 Jun lalu.

Ia menjadikan jumlah kes VOC di negara ini sehingga semalam bertambah kepada 145 kes.

Manakala Varian berkepentingan (VOI) kekal 16 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman facebooknya memaklumkan, 19 kes baharu VOC yang dikesan adalah membabitkan varian Beta (B.1.351).

Ia merangkumi lapan kes di Selangor, tiga kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya, masing-masing dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, dan Kedah, serta masing-masing satukes di Perak dan Perlis.

Manakala empat lagi VOC membabitkan varian Delta (B.1.617.2) yang dikesan masing-masing dua kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu beliau menasihati masyarakat untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok.

Ia juga antara langkah bagi mengekang kesan buruk penularan varian dalam kalangan komuniti.