Wednesday, 1 February 2023

 

COVID-19: 101 kes baharu, tiada kematian

  • Published in COVID-19

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Malaysia merekodkan sebanyak 100 kes baharu COVID-19 pada Selasa dengan satu daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan luar negara, manakala tiada kematian baharu dicatatkan.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal KKMNow memaklumkan, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 9,998 kes dengan 9,635 atau 96,4% daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

"351 pesakit atau 3.5% menerima rawatan di hospital.

"12 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Menurut KKMNow, kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 315 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,988,143 kes.

"Jumlah keseluruhan kematian dalam negara pula sebanyak 36,932 kes dengan 7,866 daripadanya kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID)," katanya.


(Foto fail)