Wednesday, 1 February 2023

 

COVID-19: 280 kes baharu, tujuh kematian

  • Published in COVID-19

 (Foto fail)

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Malaysia merekodkan sebanyak 280 kes baharu COVID-19 pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi data di portal KKMNow turut merekodkan tujuh kematian baharu akibat COVID-19.

"Jumlah kematian dalam negara kini adalah sebanyak 36,930 kes," jelasnya.

Sementara itu, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 10,355 kes dengan 9,957 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

"Seramai 382 pesakit COVID-19 dirawat di hospital.

"Sebanyak 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,"jelasnya.

Dalam pada itu, data KKMNow melaporkan, kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 300 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,943 kes.

"Malaysia kini mencatatkan keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 4,995,630 kes dengan 38,598 daripadanya kes import," jelasnya.

 
(Foto fail)