Sunday, 2 October 2022

Kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 diselesaikan dalam masa terdekat

  • Published in COVID-19

PUTRAJAYA, 22 Ogos- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan dalam masa terdekat.

Menterinya, Khairy Jamaluddin menjelaskan, jumlah kes tertunggak setakat 31 Julai lepas itu hanya melibatkan prosedur pembedahan daripada disiplin pembedahan paediatrik dan pembedahan kardiotorasik.

Antara inisiatif dilaksanakan KKM bagi menangani kes-kes tertunggak adalah melalui penyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

(Khairy Jamaluddin/Foto fail)

Selain itu pembukaan semula dewan-dewan bedah elektif di hospital KKM secara berperingkat dan pembedahan elektif hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di hospital-hospital berpakar di seluruh negara.

Katanya, KKM akan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Semalam Khairy memaklumkan, KKM berjaya menyelesaikan 92 peratus kes rawatan tertunggak bukan COVID-19 di hospital kerajaan seluruh negara.