Sunday, 2 October 2022

2,417 kes baharu COVID-19

  • Published in COVID-19

PUTRAJAYA, 12 Julai- Sebanyak 2,417 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan dalam negara setakat tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu, 2,413 dikenal pasti sebagai penularan tempatan dan empat kes import.

Menurut laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan, ini menjadikan kes aktif ketika ini sebanyak 35,758 kes.

Jumlah itu membawa kepada 4,598,391 kes keseluruhan dilaporkan di Malaysia setakat ini.

Manakala lima kematian direkodkan termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

(Foto fail)

Dua kematian BID terbabit dilaporkan di Pulau Pinang serta masing-masing satu kematian di Perak, Selangor dan Johor.

Kes sembuh pula sebanyak 2,536 menjadikan keseluruhan 4,526,817 kes pulih setakat ini.