Sunday, 2 October 2022

TWG cadang dos ketiga COVID-19 diberi kepada individu 5 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi

  • Published in COVID-19

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Dos ketiga vaksin COVID-19 dicadangkan diberi kepada individu berusia lima hingga hingga 17 tahun yang berisiko tinggi.

Syor ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) untuk vaksin COVID-19 bagi melengkapkan vaksinasi primer tiga dos.

Setelah mengambil kira hasil kajian luar negara yang menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke wad dalam kalangan remaja menurun 42 hingga 73% setelah lima hingga 10 bulan menerima dos kedua.

Khairy Jamaluddin memaklumkan, kementeriannya telah mengumumkan pemberian dos penggalak COVID-19 individu berusia 12 tahun ke atas yang memiliki imuno-kompromi sederhana dan teruk.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi, TWG mengesyorkan supaya dos penggalak bagi individu berusia 12 hingga 17 tahun ke atas yang memiliki imuno-kompromi sederhana dan teruk dikategorikan semula sebagai dos ketiga dan menjadi pelengkap kepada vaksinasi primer.

(Foto fail)

Hanya setelah melengkapkan vaksinasi primer tiga dos, barulah dos penggalak pertama boleh diberikan kepada mereka.

Langkah ini bertujuan untuk memberi perlindungan optimum kepada kelompok tersebut daripada risiko dijangkiti COVID-19 dengan gejala teruk.