Saturday, 25 June 2022

Tiada kematian akibat COVID-19 dicatatkan semalam

  • Published in COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Malaysia akhirnya kembali mencatatkan sifar kematian akibat COVID-19 pada semalam.

Sejak lebih 18 bulan lalu, kes kematian direkodkan setiap hari di negara ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kali terakhir negara mencatatkan tiada kematian bagi kes COVID-19 adalah pada 18 Disember 2020.

Usaha peralihan berterusan kepada fasa endemik sentiasa diberi tumpuan.

(FOTO HIASAN)

Ia terus diukur dan dipacu berdasarkan data harian.

Menerusi Twitternya, Khairy menyeru orang ramai terus berdoa supaya usaha yang dilakukan khususnya dalam menangani COVID-19 melalui peralihan kepada fasa endemik membuahkan hasil.

Terdahulu, negara merekodkan 2,130 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4.53 juta kes.