Saturday, 25 June 2022

Malaysia rekod jangkitan dua subvarian OMICRON

  • Published in COVID-19

(WHO meletakkan kedua-dua subvarian itu dalam senarai pemerhatian/Google)

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Malaysia merekodkan dua kes subvarian OMICRON BA.5 dan satu subvarian BA.2.12.1.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter memaklumkan, ini kali pertama kes membabitkan kedua-dua subvarian dikesan di Malaysia.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin/Fail BERNAMA)

“Kedua-dua telah dikategorikan oleh WHO (Organisasi Kesihatan dunia) sebagai VOC-LUM (jenis di bawah pemerhatian) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya dalam ciapannya hari ini.

Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal SARS-CoV-2.

Sementara itu Khairy dalam video yang dimuat naik dalam Twitter WHO hari ini berkata Malaysia telah memastikan perancangan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi orang ramai memutuskan untuk sama ada mereka divaksin atau tidak (untuk COVID-19), adalah semudah mungkin.

“Kementerian Kesihatan tahu bahawa akan ada keraguan (dalam mendapatkan vaksin COVID-19). Permudahkan (vaksinasi) untuk mereka (rakyat Malaysia), buat ia boleh difahami, terjemahkannya kepada seberapa banyak dialek yang mungkin, dapatkan petugas kesihatan pergi ke komuniti yang terpinggir jauh di pedalaman untuk membawa vaksin kepada mereka,” katanya.

Khairy berkata perkara itu bukan sahaja mengenai berkomunikasi tetapi ia berkaitan untuk membuat orang ramai mengubah tingkah laku mereka, menyesuaikan tingkah laku mereka lebih daripada COVID-19, sains tingkah laku sebenarnya adalah barisan pertahanan pertama untuk penjagaan kesihatan awam.

Berita berkaitan
Moderna umum hasil positif terhadap vaksin Omicron
Gelombang Omicron, lebih 99% kes dalam kategori 1 dan 2 - Khairy
Sub varian BA.2 Omicron lebih cepat merebak - WHO
1,364 sembuh COVID-19, ubat antiviral Paxlovid diperluas ke fasiliti swasta

“Jika anda boleh membuat orang berkelakuan berbeza untuk mempunyai tabiat menjaga kesihatan, untuk pergi mendapatkan vaksinasi mereka, maka ini akan memperkuatkan semua perkara dalam sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Khairy menjawab soalan mengenai bagaimana Malaysia menggunakan sains tingkah laku dalam kempen vaksinasi COVID-19.- BERNAMA