Sunday, 26 June 2022

33.2% kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

  • Published in COVID-19

PUTRAJAYA, 3 Jun- Seramai 1,180,415 atau 33.2% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,728,942 atau 48.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,722 atau 93.7% telah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,975,123 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

(Foto fail)

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Kedah.