Terengganu capai sasaran penerima vaksin PICK Kids
- Written by Media Baharu
- Published in COVID-19

SETIU, 31 Mei - Seramai 18,471 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di Terengganu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin secara percuma bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids) yang berakhir hari ini.
Manakala seramai 36,079 iaitu 20.2 peratus telah menerima suntikan dos pertama, sekali gus meletakkan jumlah keseluruhan penerima PICK Kids adalah 30.5% bagi sasaran penerimaan sebanyak 125,090 penerima.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Hajjah Kasemani Embong meskipun program pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak telah berakhir pada hari ini namun masih terbuka kepada kanak-kanak yang telah memohon penangguhan temujanji sebelum ini, serta kanak-kanak yang masih belum lengkap untuk suntikan dos kedua.
Begitu juga bagi kanak-kanak yang baru genap berusia 5 tahun pada 31 Mei 2022 atau selepas 31 Mei 2022.
Golongan ini masih boleh menerima suntikan secara percuma di mana-mana klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
(Dr. Hajjah ditemui pemberita sewaktu menyempurnakan
Seminar Hand Hygiene Peringkat Negeri Terengganu 2022 bertempat di Hospital Setiu )
"Walaupun kita melihat pencapaian di Terengganu agak terbelakang tetapi saya berpuas hatilah, kita mencapai lebih dari 20% kanak-kanak kita mendapat suntikan COVID-19 ini," kata Dr. Hajjah.
Dr. Hajjah Kasemani turut mengulas bahawa status kesihatan di negeri Terengganu berada pada tahap yang tidak membimbangkan walaupun dilanda beberapa penyakit berjangkit.
COVID-19 mencatatkan secara purata 15 kes sehari manakala bagi Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) tiada kes yang dimasukkan ke hospital walaupun mencatat bilangan yang tinggi.