Monday, 27 June 2022

1,099,250 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 setakat semalam

  • Published in COVID-19

PUTRAJAYA, 21 Mei- Sebanyak 1,099,250 atau 31% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,665,098 kanak-kanak atau 46.9% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,908,320 atau 93.5% telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,192 atau 96.6% daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 16,077,473 atau 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,972,457 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,248,351 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

(Foto fail)

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,998 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 7,695 dos pertama, 11,286 dos kedua dan 2,017 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,762,530.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes masing-masing di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.