Saturday, 25 June 2022

COVID-19; Jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 38%

  • Published in COVID-19

PUTRAJAYA- 16 Mei - Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 38%.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan berkata, peningkatan itu telah dijangka berikutan sambutan Aidilfitri, minggu lalu.

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 100%.

(Jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 38%/Foto fail)

Bagi pesakit kategori 1 dan 2, meningkat sebanyak 100% iaitu daripada 1 per 100,000 penduduk kepada 2 per 100,000 penduduk.

Manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 turut meningkat sebanyak 100% iaitu daripada 1 per 100,000 penduduk kepada 2 per 100,000 penduduk.