Thursday, 26 May 2022

Melaka sedia jika kes COVID-19 meningkat

  • Published in COVID-19

MERLIMAU, 5 Mei - Kes COVID-19 di Melaka dijangka akan meningkat jika orang ramai tidak mematuhi SOP ditetapkan dalam tempoh perayaan Aidilfitri ketika ini.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh bagaimanapun yakin, dengan kadar vaksinasi tinggi di negeri itu, jumlah pesakit COVID-19 yang dilaporkan hanya melibatkan kategori 1 dan 2.

Sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19, beberapa langkah mitigasi dirangka pihaknya bagi mengawal jangkitan.


(Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh)

"Kalau kes meningkat naik, pihak kerajaan negeri Melaka akan bersedia dan Melaka sudah ada plan mitigasi , dimana dua plan mitigasi salah satunya adalah menjadikan kluster hospital COVID di hospital daerah. Ini jika kes meningkat naik, jika tidak kita hanya menggunakan kolej jururawat sebagai pengganti PKRC MITC yang telah kita tutup sebelum ini,” katanya kepada media di sini.


Justeru katanya, pematuhan SOP sangat diharapkan walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan.