Thursday, 26 May 2022

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

  • Published in COVID-19

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Seramai 872,058 atau 24.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,537,013 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,793 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,466 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,036,202 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,290 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,513 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


(Foto fail)

Sebanyak 1,473 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 200 dos pertama, 1,041 dos kedua dan 232 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,329,975. 

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua kes dilaporkan masing-masing di Kedah dan Perak manakala Johor, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor, masing-masing merekodkan satu kes.- BERNAMA