Thursday, 26 May 2022

831,523 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

  • Published in COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 April- Sebanyak 831,523 atau 23.4% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,528,733 atau 43% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,893,112 atau 93% telah lengkap vaksinasi manakala 2,991,223 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,032,860 individu dewasa atau 68.1% telah menerima dos penggalak, manakala 22,966,843 atau 97.6% telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,243,191 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

(Foto fail)

Sebanyak 38,581 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 10,692 dos pertama, 24,862 dos kedua dan 3,027 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,274,130.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, enam kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes di Selangor, manakala masing-masing satu kes di Perak, Sabah dan Terengganu.