Thursday, 26 May 2022

806,532 kanak-kanak lengkap divaksin - KKM

  • Published in COVID-19

KUALA LUMPUR, 29 April- Sebanyak 806,532 atau 22.7% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,518,923 atau 42.8% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,892,051 atau 93% telah lengkap vaksinasi manakala 2,990,315 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,029,483 individu dewasa atau 68.1% telah menerima dos penggalak manakala 22,966,486 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,789 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


(Foto Fail)

Sebanyak 32,106 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,973 dos pertama, 19,923 dos kedua dan 4,210 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,233,232.

Dalam pada itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 10 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing dua kes di Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang manakala masing-masing satu kes di Putrajaya, Melaka, Kedah dan Johor.-BERNAMA