Tuesday, 17 May 2022

Kes COVID-19 di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, 29 lagi pelajar positif dikesan

  • Published in COVID-19


KOTA BHARU, 19 Januari- Sebanyak 29 lagi kes positif COVID-19 dikesan membabitkan pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, ia menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 73.

Katanya, Kluster Embi Telipot itu membabitkan pelajar asrama sekolah berkenaan di Kota Bharu dan Jeli.

Setakat ini hanya dua daerah yang dikesan terbabit dengan kluster itu dan ianya dapat dikawal.

Pihaknya sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kluster itu tidak merebak ke kawasan lain.

Pelajar yang positif dan bergejala juga diasingkan dengan bantuan pihak sekolah, manakala kontak rapat diarah menjalani kuarantin di asrama sekolah.

Dr Zaini berkata, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun itu turut dinasihati supaya terus menjaga diri dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala.

Semalam RTM melaporkan, seramai empat pelajar asrama sebuah sekolah berasrama penuh di Jalan Telipot dikesan positif COVID-19.

Kluster membabitkan pelajar asrama sekolah berkenaan diisytihar pada 14 Januari lalu dan seramai 256 orang kontak rapat telah dikenal pasti.

Ekoran itu, proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka ditangguhkan bermula semalam sehingga 25 Januari ini.