Wednesday, 26 January 2022

updated 12:26 PM UTC, Jan 26, 2022

COVID-19: Tempoh pengasingan dan kuarantin dikurangkan kepada tujuh hari

  • Published in Covid-19


KUALA LUMPUR, 15 Januari -
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai semula dan menetapkan tempoh baharu pengasingan kes positif COVID-19 serta kontak rapat.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tempoh pengasingan kes positif COVID-19 dipendekkan kepada tujuh hari membabitkan individu sudah lengkap vaksinasi serta tidak bergejala.

Bagi tempoh pengasingan kontak rapat pula, individu yang sudah menerima dos penggalak perlu menjalani kuarantin selama lima hari.

Manakala tempoh tujuh hari ke atas individu yang lengkap vaksinasi, yang belum lengkap atau tiada vaksinasi.

Tempoh yang dinyatakan itu berkuat kuasa esok dan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin.

Bagaimanapun prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai.

Penilaian semula itu dibuat berdasarkan data, sains dan pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes positif.