Wednesday, 26 January 2022

updated 11:43 AM UTC, Jan 26, 2022

MTC perkenal sijil pematuhan SOP COVID-19

  • Published in Covid-19


KUALA LUMPUR, 13 Januari- Majlis Pelancongan Malaysia ( MTC) memperkenal sijil pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di semua premis berkaitan sektor berkenaan di seluruh negara.

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, sijil tersebut mendapat pengiktirafan pelbagai agensi dalam dan negara luar negaraa memastikan premis terlibat mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Jelasnya, setakat ini lebih 3,000 pemain industri telah menerima sijil perakuan pematuhan berkenaan.

“Sijil ini dikeluarkan secara percuma oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan hasil kerjasama kita.

"Ini bermakna siapa ada sijil ini mereka memang patuh SOP dan membuktikan kami bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk bersama-sama memastikan penularan dapat dihentikan dalam sektor ini," jelasnya dalam satu sidang media di ibu negara.

“Sebab itu sijil seperti ini diperkenal selain dua inisiatif lain dan berharap lebih banyak yang akan memohon nanti,” katanya lagi.