Wednesday, 26 January 2022

updated 12:26 PM UTC, Jan 26, 2022

Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 tidak perlu kuarintin wajib

  • Published in Covid-19


KUALA LUMPUR, 12 Januari- Berkuatkuasa esok, pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dan telah lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib.

Walau bagaimanapun, bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi, mereka akan dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti COVID-19, ketetapan semasa masih terpakai.

"Kerajaan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa,"

"Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan bahawa Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke negara ini,"

"Ini bagi mengurangkan risiko pengimportan kes jangkitan COVID-19 dan mengelakkan berlakunya penularan jangkitan virus berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas perkara sama, Khairy memaklumkan tiga pendekatan yang dilakukan kerajaan berhubung pengembara yang tiba di Malaysia dengan sejarah jangkitan wabak berkenaan.

Jelasnya, pengembara perlu menerima vaksin lengkap dengan bukti penerimaannya.

Selain itu pengembara perlu mengemukakan bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital.

"Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 juga perlu mengemukakan surat "FIT TO TRAVEL" daripada pengamal perubatan di hospital terbabit,"

"Kesemua dokumen berkaitan hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk, sekiranya diminta," katanya lagi,"

"Manakala bagi pengembara yang menjalani isolasi atau pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti COVID-19 dan tidak dimasukkan ke hospital perlu menjalani ujian saringan R-T-K Antigen profesional dalam temph dua hari sebelum berlepas ke Malaysia," katanya lagi.