88 % remaja lengkap vaksinasi
- Written by Media Baharu
- Published in COVID-19
KUALA LUMPUR, 12 Januari - Lebih 2.7 juta atau 88 % daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, lebih 2.8 juta atau 90.8 % daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,889,297 individu atau 97.8 % daripada golongan itu telah melengkapkan vaksinasi.
Manakala 23,172,722 individu atau 99 % menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, menurut portal Github KKM, 27 kes kematian direkodkan semalam, dengan sembilan daripadanya adalah kematian di luar hospital.
- BERNAMA