Wednesday, 26 January 2022

updated 11:13 AM UTC, Jan 26, 2022

Jumlah jangkitan harian COVID-19, negara catat peningkatan, 3,175 kes jangkitan

  • Published in Covid-19


KUALA LUMPUR, 12 Januari- Kes jangkitan harian COVID -19 mencatatkan peningkatan sebanyak 534 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,175 kes.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kumulatif kini sebanyak 2,792,035 kes.

Manakala kes import pula mencatatkan sebanyak 272 kes melibatkan 224 warganegara dan 48 bukan warganegara dengan 9 kluster baharu dilaporkan menjadikannya sebanyak 178 kluster yang aktif setakat ini.

Beliau menambah, negara turut mencatatkan sebanyak 2,977 kes sembuh, dan tiada kes baharu dilapor melibatkan jangkitan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara PPS banjir seluruh negara.

Beliau menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan kekal mematuhi SOP bagi mengekang penularan virus.