Wednesday, 26 January 2022

updated 10:33 AM UTC, Jan 26, 2022

18 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19

  • Published in Covid-19

PUTRAJAYA, 11 Januari - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi, berbanding 23 kes dilaporkan kelmarin.

Berdasarkan portal Github KKM, dua daripada 18 kematian berlaku di luar hospital (BID).

Pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 31,696.

Kes kematian itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Johor merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak empat kes, diikuti Kedah tiga kes.

Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu masing-masing dua kes serta Melaka, Perak, Kelantan dan Melaka masing-masing satu kes.

Setakat malam tadi, sebanyak 39,742 kes COVID-19 yang masih aktif dilaporkan.