Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

Vaksin Omicron dijangka siap pada Mac 2022

  • Published in Covid-19

NEW YORK, 11 Januari - Pfizer menjangkakan vaksin COVID-19 yang berupaya memberi perlindungan terhadap varian Omicron dapat disiapkan pada Mac 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla, Pfizer sudah mula menghasilkan dos vaksin berkenaan menerusi libat urus dengan pihak kawal selia Amerika Syarikat.

Menurut Bourla, rejim dua dos vaksin dan dos penggalak sedia ada sudah pun memberikan perlindungan yang agak baik terhadap implikasi kesihatan serius akibat Omicron.

Namun, vaksin khas yang menyasarkan varian Omicron juga akan mencegah jangkitan terhadap varian yang terbukti lebih mudah berjangkit dalam kalangan penduduk yang sudah divaksin.

Selepas kemunculan Omicron, Pfizer pada November tahun lalu memaklumkan bahawa pihaknya giat merintis usaha untuk mengeluarkan vaksin khas bagi membendung jangkitan Omicron.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, syarikat tersebut sedang membangunkan dos penggalak yang boleh menangani Omicron dan varian-varian baru lainnya menjelang suku ketiga 2022.