Monday, 16 May 2022

COVID-19: Saintis Cyprus dakwa temui varian baharu Deltacron

  • Published in COVID-19

CYPRUS, 10 Januari - Saintis di Cyprus mendakwa mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.

Varian yang digelar Deltacron itu merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu pihaknya sedang mengkaji adakah varian berkenaan lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada sekarang.

Kajian juga menemukan varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis dan keguguran rambut.