Tiada pencerobohan pangkalan data, penyalahgunaan API MySejahtera telah diatasi
- Written by Media Baharu
- Published in COVID-19
KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Tiada pencerobohan pangkalan data Mysejahtera dilaporkan.
Sebaliknya, Khairy menegaskan, ia hanya penyalahgunaan Antara muka Pengaturcaraan Aplikasi, (API) oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pihaknya telah mengenalpasti kelemahan tersebut dan ia telahpun diatasi.
Terdahulu, KKM menerima aduan berhubung mesej OTP yang diterima untuk mengesahkan nombor telefon pengguna bagi pendaftaran Kod QR MySejahtera dan emel SPAM daripada helpdesk MySejahtera.