Sunday, 26 June 2022

Hospital Jelebu dan Hospital Jempol sebagai hospital hibrid COVID-19

  • Published in COVID-19

SEREMBAN, 26 Mei - Hospital Jelebu dan Hospital Jempol telah beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19 di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keperluan itu bertujuan menampung jumlah pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Tampin yang hampir mencapai tahap maksimum.

Sementara itu, 595 katil daripada 900 katil telah digunakan bagi menempatkan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Politeknik Port Dickson.

Buat masa ini, perancangan dibuat bagi membuka PKRC Kolej Jururawat Kuala Pilah melibatkan 800 katil selain permohonan bagi membuka hospital medan di Negeri Sembilan jika kes

COVID-19 semakin meningkat.