Sunday, 26 June 2022
updated 3:18 PM UTC, Jun 26, 2022

beijing

  • China sedia anjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing

    CHINA, 24 Disember-China sudah bersedia untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

    Ini selepas pembinaan kesemua venue pertandingan telah pun siap sepenuhnya.

    Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai status penganjurannya susulan pendemik Covid-19.

    Namun, pihak kerajaan berjaya mengawal penularan virus itu di sana dengan melaksanakan Prosedur Operasi Standard-SOP yang sangat ketat.

    Menurut pegawai yang terlibat, kesemua 12 lokasi pertandingan telah pun siap dan lengkap dengan segala kemudahan untuk atlet.

    Bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19, kesemua pgawai yang terlibat akan diberi suntikan vaksin dos penggalak dan atlet akan melalui ujian saringan yang kerap.

    Antara venue yang menjadi tumpuan adalah reka bentuk Pusat Ski Kebangsaannya yang menyerupai perhiasan tradisional China, Ruyi yang melambangkan tuah.

    Ia telah dibuka kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman bermain ski di venue berkenaan.

    Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan berlangsung mulai 4 hingga 20 Februari melibatkan tiga zon iaitu di Beijing, Zhang-jiakou dan Yanqing.

  • Kebebasan media: Wartawan asing di China kini berdepan ancaman luar jangka

    FOTO AFP

    BEIJING, 31 Januari- Berdepan ancaman dan tindakan undang-undang, serangan negatif di media sosial atau "troll' dan bilangan rakan sekerja semakin berkurangan antara masalah dihadapi wartawan asing di China sekali gus memberi kesan buruk kepada kebebasan pelaporan media.

    "Kelihatan Beijing menggalakkan tindakan atau ancaman melalui undang-undang terhadap wartawan asing dan menfailkan tindakan apabila sumber bersetuju untuk ditemu bual," menurut Kelab Wartawan Asing China (FCCC) dalam laporan tahunannya.

    "Landskap risiko berubah-ubah dalam cara yang tidak dijangka," kata David Rennie, Ketua Biro Ekonomi di Beijing dalam laporan itu.

    "Secara khusus, pelaporan organisasi media berdepan ancaman, mereka mungkin terdedah kepada sekatan undang-udang atau tindakan sivil atau paling menakutkan disiasat bawah undang-udang keselamatan negara," tambahnya.

    Ini menandakan peralihan membimbangkan dalam kaedah mengawal media seperti menyenarai mereka (wartawan) menghadiri acara atau masalah dengan kad media dan visa, katanya.

    Peningkatan ancaman tindakan undang-undang berlaku selepas penahanan pengacara TV Australia, Cheng Lei yang bekerja untuk penyiar China, CGTN dan Haze Fan dari Bloomberg News.

    Pihak berkuasa China menyatakan penahanan dibuat kerana ia mendatangkan risiko kepada keselamatan negara. -AFP

  • MOM yakin Olimpik musim sejuk Beijing berjaya

    FOTO FACEBOOK Olympic Council of Malaysia


    KUALA LUMPUR, 20 Januari - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin bahawa Beijing dapat menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berjaya dan selamat pada 4 hingga 20 Februari ini, meskipun berlaku kebimbangan susulan peningkatan kes COVID-19 varian Omicron.

    Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata penganjur telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan memperkenalkan gelembung sukan dikenali sebagai ‘gelung tertutup’ bagi membendung penularan wabak berkenaan.

    “Saya sangat yakin Beijing akan menjadi tuan rumah yang hebat dan cemerlang. Ia akan menjadi temasya Sukan Musim Sejuk yang sangat berjaya. Dengan playbook, protokol keselamatan, gelembung sukan dan (fakta bahawa) mereka mempunyai kes sedikit berbanding seluruh dunia, saya fikir ia adalah tempat paling selamat.

    “Saya juga yakin Beijing adalah tempat di mana semua atlet hendak pergi dan capai impian mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen negara ke temasya itu Moira Tan di sini pada Rabu.

    Malaysia diwakili dua atlet luncur salji alpine - Jeffrey Webb, 23, dalam kategori slalom lelaki dan Aruwin Idami Salehhuddin, 17, dalam kategori slalom dan giant slalom wanita - pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

    Malaysia membuat penampilan pertama pada Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, menerusi penyertaan Julian Yee, 24, yang menamatkan saingan di tempat ke-25 dalam acara figure skating lelaki, dan Jeffrey di tempat ke-68 acara giant slalom lelaki. -BERNAMA