fb fb fb fb fb

Zendaya menang pelakon terbaik - Anugerah Emmy

LOS ANGELES, 13 September - Zendaya dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik menerusi drama "Euphoria" dalam Anugerah Emmy ke-74 yang berlangsung di sini.

Zendaya memegang watak Rue, iaitu kisah sedih tentang kehidupan di sekolah menengah.

(FOTO AFP)

Ia merupakan anugerah kedua Zendaya menerusi Anugerah Emmy, menewaskan Jodie Comer dan Sandra Oh ("Killing Eve"), Laura Linney ("Ozark"), Melanie Lynskey ("Yellowjackets") dan Reese Witherspoon ("The Morning Show").- AFP

Berikut senarai pemenang kategori utama Anugerah Emmy Tahunan ke-74, berlangsung di Los Angeles pada Isnin.

Drama Bersiri Terbaik: “Succession”
Komedi Bersiri Terbaik: “Ted Lasso”
Pelakon Lelaki Terbaik, drama: Lee Jung-jae, "Squid Game"
Pelakon Wanita Terbaik, drama: Zendaya, "Euphoria"
Pelakon Lelaki Terbaik, komedi: Jason Sudeikis, "Ted Lasso"
Pelakon Wanita Terbaik, komedi: Jean Smart, "Hacks"
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, drama: Matthew Macfadyen, "Succession"
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, drama: Julia Garner, "Ozark"
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, komedi: Brett Goldstein, "Ted Lasso"
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, komedi: Sheryl Lee Ralph, "Abbott Elementary"

Siri Antologi Terbaik: "The White Lotus"
Pelakon Lelaki Terbaik, Siri Antologi: Michael Keaton, "Dopesick"
Pelakon Wanita Terbaik, Siri Antologi: Amanda Seyfried, "The Dropout"
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Siri Antologi: Murray Bartlett, "The White Lotus"
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Siri Antologi: Jennifer Coolidge, "The White Lotus"

Media Baharu