fb fb fb fb fb

Wany Hasrita pilih Al-Adib Fahmi, tamatkan zaman bujang malam ini

(Foto IG Wany Hasrita)

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Penyanyi wanita popular tanah air, Wany Hasrita mengumumkan khabar gembira bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini.

Pengumuman tersebut dikongsi menerusi laman Instagramnya petang tadi.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30 akan melangsungkan majlis akad nikah dengan jejaka pilihannya yang hanya dikenali dengan nama, Al-Adib Fahmi.

Wany yang tidak memperincikan butiran majlis dalam entri Instagramnya itu, memohon doa daripada peminat dan kenalan untuk menempuh fasa baharu dalam kehidupannya.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Merancang tiap sesuatu di muka bumi ini. Dengan rasa rendah hati Wany ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baharu.

Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini. Di kesempatan ini juga, Wany ingin memohon maaf andai pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua," tulis Wany di Instagramnya.

Rata-rata warganet dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan kelancaran majlis malam ini.

Entri tersebut menerima 37,140 tontonan pelayar dan tanda pagar #AdibWany mula tular di seluruh media sosial.

Wany Hasrita mula mewarnai industri muzik tanah air dengan kejayaan single sulungnya berjudul 'Menahan Rindu' dengan meraih tontonan muzik video sebanyak 37 juta di laman Youtube.


(Wany Hasrita berkongsi khabar gembira tersebut di Instagramnya petang tadi/IG Wany Hasrita)

Media Baharu