fb fb fb fb fb

Tujuh tahun tumpu keluarga, Anzalna sedia berlakon semula

Foto FB Anzalna Nasir

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Pelakon, Anzalna Nasir sudah bersedia untuk kembali berlakon pada tahun ini selepas tujuh tahun memberi fokus terhadap keluarga.

Jelas Anzalna, suaminya juga tidak menghalang hasratnya itu malah sentiasa memberikan sokongan.

"Sentiasa dapat tawaran tu memang selepas tujuh tahun tak berlakon, memang sentiasa ada tawaran masuk dan mereka tak pernah putus asa.

"Anzalna rasa "eh, boleh ke Anzalna buat ni?" Sebab bila berlakon, ia melibatkan ramai orang dan komitmen yang tinggi, jadi agak risau di situ. Jadi, insya-Allah kalau masa sesuai, anak-anak ok, izinkan, saya akan berlakon semula," katanya kepada RTM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM