fb fb fb fb fb

The Script gegar KL Februari 2025

The Script, bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur menerusi Satellites World Tour, Februari tahun hadapan / Foto Star Planet

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Legenda rock Ireland, The Script bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur menerusi Satellites World Tour, Februari tahun hadapan.

Selepas kejayaan konsert reunion pada 2023, The Script kini memulakan jelajah terbesar mereka dengan Malaysia sebagai salah satu destinasi di Asia.

Kumpulan yang terkenal dengan muzik pop-rock antematik dan lirik yang menyentuh hati itu akan mempersembahkan lagu-lagu hits seperti "Breakeven," "The Man Who Can’t Be Moved," "Hall of Fame," serta lagu baharu mereka "Both Ways" dan "At Your Feet."

Album terbaharu mereka, Satellites, yang dilancarkan Ogos tahun ini, menjadi penghormatan kepada rakan seperjuangan mereka, Mark Sheehan.

Konsert, bakal diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur, pada 9 Frebruari 2025.

Tiket akan mula dijual pada 19 Oktober ini bermula pukul 12:00 tengah hari menerusi golive-asia.com dengan harga bermula daripada RM198.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.starplanet.com.my atau www.midaspromotions.com.

1510 hi the script konsert 2
Poster konsert  The Script pada 9 Februari 2025

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN