fb fb fb fb fb

RTM siar drama, hiburan terbaik sempena Deepavali

Telemovie 'Appa Na Adaiyalam' menemui penonton 30 Oktober ini / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Oktober– Sambutan Deepavali yang bakal diraikan pada 31 Oktober ini, pastinya menjadi peluang buat rakyat Malaysia untuk berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman dan harmoni.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut mengambil peluang dengan menyiarkan program-program terbaik untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia sepanjang cuti sambutan Deepavali itu.

"Menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2, dan Okey; RTM menampilkan pelbagai pilihan program termasuk drama dan hiburan untuk tontonan seisi keluarga.

"Bagi penonton yang terlepas menonton di TV, mereka boleh menonton di mana-mana sahaja menerusi RTMKlik.rtm.gov.my," menurut kenyataan RTM.

Berikut adalah program-program yang akan menemui penonton sempena Deepavali ini, bermula 30 Oktober hingga 2 November:

Telemovie: 'Appa Na Adaiyalam'
30 Oktober | 3.00 petang | TV2
Kisah yang memaparkan konflik dalaman Raghu dan Mithra yang malu untuk memperkenalkan ibu bapa mereka kepada masyarakat kerana mereka hidup dalam kemiskinan dan tidak setaraf dengan ibu bapa rakan-rakan mereka.
Pelakon: Mj Nada, Sasi Kumar, Kabil Ganesan, Vicky Nadarajah dan Alvin Martin.

Konsert: 'Galatta Deepavali'
31 Oktober | 9.00 malam | TV2
Konsert terbitan Unit Hiburan TV RTM ini menampilkan persembahan artis seperti Thila Laxman, Balan Kash, Shastan, Vinod, Kanniyaashree, Keshvini, Lisa Marilyn, Shan, Alex Rao, Sindhihassne, Manoghayathiri, dan Ruhan, dengan hos Ratna Gowri serta RJ Theyvekgan.

Telemovie: 'Samantha to Sarala'
31 Oktober | 10.00 malam | Okey
Mengisahkan Samantha, seorang CEO yang jelita, menyamar sebagai pemandu peribadi menggunakan 'suit ajaib' yang mampu menukar identitinya kepada seorang yang hodoh demi mencari cinta sejati. Ini dilakukan untuk memenuhi syarat bapanya; mahu Samantha berkahwin sebelum Deepavali akan datang, jika mahu mewarisi empayar perniagaan keluarga.
Pelakon:
Surrya Prakash, Hamsni Perumal, Kuben Mahadevan, Hemalata Gnanaprakasam, Logan dan Puvanesh Shri Subramaniam.

Panggung RTM: 'Putu Mayam Amma'
2 November | 4.30 petang | TV1
Mengisahkan Kumaran, seorang DJ, mencari ayahnya yang dipenjarakan atas tuduhan dadah sebelum beliau berkahwin. Ibunya, Viviany, bersetuju setelah ayahnya memberikan cek bernilai RM200,000. Ketika membaca skrip drama "Putu Mayam Amma" di stesen radio, Kumaran merasakan kisah tersebut berkait rapat dengan ayahnya. Kumaran kemudian menemui penulis skrip, Azizah, memberitahu bahawa ayahnya telah memeluk Islam, berkahwin dan telah meninggal dunia.
Pelakon:
James Devan Arokisamy, Sharmini Ramesh, Fazlina Ahmad Daud, Shamini Shradha, S. Anthony Ferreolus, dan Chaoi Izghan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM